Al Nassr Mahu Borong Pemain ‘Buangan’ Manchester United
Transfer
Manchester United
Advertisements

Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr bakal membawa seorang lagi pemain Manchester United beraksi di Saudi Pro League.

Akhbar Daily Mirror melaporkan bek tengah Red Devils, Eric Bailly kini menjadi sasaran perpindahan The Knights of Najd bernilai £20 juta (RM117 juta).

Bek tengah berusia 29 tahun itu disisihkan pengurus United, Erik ten Hag dan dipinjamkan ke kelab Ligue 1, Olympique Marseille musim lepas. Bagaimanapun, masalah kecederaan menghalang Bailly daripada berpindah secara kekal ke kelab tersebut.

Advertisements

Dengan beliau tidak menyertai jelajah pra-musim Red Devils di Amerika Syarikat, Bailly tahu tempohnya bersama United sudah berakhir.

Justeru, tidak hairanlah sebaik mendengar minat Al-Nassr terhadapnya, beliau berhubung dengan Ronaldo bagi mengetahui perihal Saudi Pro League dan gaya kehidupan masyarakat Arab Saudi.

Sekiranya perpindahan ini direalisasikan, Bailly bakal mengikut jejak langkah Alex Telles yang sah berpindah ke Al-Nassr dengan yuran perpindahan £6 juta (RM35 juta) beberapa hari sebelumnya.

Advertisements

Selain Bailly, Al-Alami juga turut berminat mendapatkan bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane dari Bayern Munich.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram