Al-Nassr Pecat Luis Castro
MakanBola
Al-Nassr FC

Susulan permulaan musim 2024/25 yang kurang memberangsangkan, pengurusan Al-Nassr bertindak memecat jurulatih, Luis Castro.

Pemecatan Castro diumumkan pengurusan Al-Alami menerusi satu kenyataan ringkas di platform media sosial rasmi mereka.

Ad
Advertisement

“Al-Nassr mengumumkan ketua jurulatih, Luis Castro sudah meninggalkan kelab. Semua orang di Al-Nassr ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis dan staf beliau atas kerja keras mereka sepanjang 14 bulan (dan) mengucapkan selamat berjaya kepada mereka,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Pengumuman ini menyaksikan legenda Portugal, Cristiano Ronaldo bakal mendapat bos baru buat kali ketiga sepanjang bersama Al-Nassr.

Advertisement

Sebelum Castro, bekas penyerang Manchester United itu pernah beraksi di bawah bimbingan jurulatih Perancis, Rudi Garcia. Walau bagaimanapun, Al-Nassr bertindak memecat Garcia selepas kempen kurang memuaskan untuk musim 2022/23.

Pengurusan Al-Alami memecat Castro bukan saja kerana hanya meraih satu kemenangan dalam tiga perlawanan Saudi Pro League (SPL) musim 2024/25. Malah, keputusan ini turut didorong kegagalan kelab Arab Saudi itu menewaskan Al-Shorta dalam aksi sulung Liga Barat Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ad
Advertisement

Al-Nassr dilaporkan sudah mempunyai calon menggantikan Castro. Menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, kelab itu mahu mendapatkan pengurus Itali, Stefano Pioli.

Ad

Malah, kedua-dua pihak dilaporkan semakin hampir mencapai perjanjian bagi membolehkan bekas jurulatih AC Milan itu mengendali pasukan gergasi Arab Saudi itu.

Advertisement

“Al Nassr dan Stefano Pioli, perjanjian di peringkat akhir seperti dilaporkan pagi ini. Pengurus Itali itu sudah menerima destinasinya, beliau bersedia berpindah ke Arab Saudi dan perjanjian dimuktamadkan,” katanya di X.

Sekiranya Pioli sah bergelar jurulatih Al-Nassr, maka ini bakal menjadi kelab pertamanya di luar Itali. Selain Rossoneri, beliau juga pernah melatih Inter Milan, Fiorentina, Lazio dan Bologna.

Advertisement