Alasan Hong Kong Dimalukan Pasukan Ke-203 Dunia
MakanBola
HKFA

Pasukan kebangsaan Hong Kong tidak dapat menyembunyikan kekecewaan sungguhpun terpaksa memberi alasan selepas tewas kepada pasukan ke-203 dunia.

Kemenangan Liechtenstein 1-0 itu menamatkan rentetan 43 perlawanan tanpa kemenangan namun Pengendali Hong Kong, Ashley Westwood mengkritik corak permainan tuan rumah.

Ad

Katanya, corak permainan membuang masa yang ditampilkan oleh lawan menyebabkan segala perancangan pasukannya tidak dapat berjalan lancar.

Ad

“Liechtenstein membuang masa, cuba mengekalkan bola di sudut, mereka tidak menggunakan bola pada penghujung permainan.

Beliau juga sempat melihat gelagat pemain di bangku simpanan Liechtenstein yang meraikan kemenangan seperti memenangi Piala Dunia.

Ad

“Apabila wisel penamat berbunyi, saya fikir bangku simpanan Liechtenstein menyangka mereka akan memenangi perlawanan akhir Piala Dunia kerana mereka gembira dengan kemenangan itu.

Ad

“Itu memberitahu saya semua yang saya perlu tahu bahawa kami memberi mereka lebih daripada permainan.

Ad

Beliau juga memaklumkan bahawa ranking tidak boleh menjadi ukuran sungguhpun Hong Kong menghuni tangga ke-157 dunia.

“Saya akan (meraikan) apabila saya memenangi perlawanan tetapi apabila saya berada di sana, emosi saya mungkin sedikit lemah. Kedudukan itu ada, tetapi Liechtenstein bermain banyak perlawanan kelayakan Eropah, banyak pasukan di Eropah, jadi mereka tidak memenangi banyak perlawanan.

“Ranking itu tidak selalunya benar kerana anda baru sahaja melihat kali pertama Hong Kong bermain di Eropah,” jelasnya menurut laporan South China Morning Post.

Hong Kong hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir sejak Jun 2024.