Alasan kelab Jepun yang mula tertarik untuk membawa pemain Malaysia ke sana jadi perhatian.
Baru-baru ini, kelab Divisyen 3 Jepun iaitu FC Osaka telah mengumumkan ketibaan pemain tengah Selangor FC, Muhammad Abu Khalil.
Pemain berusia 19 tahun itu dibawa masuk secara pinjaman daripada naib juara Liga Super 2023 itu sehingga Disember 2024.
Beliau secara tidak langsung akan mengikut jejak langkah seorang lagi tonggak negara, Luqman Hakim Shamsudin yang sudah pun beraksi di Jepun.
Anak jati kelahiran Kelantan ini juga beraksi di Divisyen 3 bersama Yokohama SCC sejak awal tahun 2024.
FC Osaka telah menyatakan keterujaan selepas berjaya memuktamadkan perpindahan Muhammad Abu Khalil untuk memacu cabaran pasukan musim ini.
“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa pemain tengah Muhammad Bin Abu Khalil akan menyertai FC Osaka secara pinjaman daripada kelab Liga Super Malaysia Selangor FC untuk musim 2024.
“Tempoh perpindahan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2024 dengan beliau akan memakai jersi nombor 99,” jelasnya.
Tonggak B-19 Malaysia yang bakal beraksi di Indonesia ini juga teruja untuk menapak kali pertama di Jepun.