Alasan Kim Pan-gon Tewas 4-0 Kepada Yokohama FM
MakanBola
Ulsan HD FC

Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon menyatakan alasan selepas pasukannya tunduk 4-0 di tangan Yokohama F. Marinos.

Pengendali berusia 53 tahun itu menurunkan skuad terbaik berdepan kelab Jepun itu namun tidak mampu memberikan yang terbaik.

Ad
Advertisement

Yokohama FM sebelum ini dibelasah teruk oleh satu lagi kelab Korea iaitu Gwangju FC namun kembali bangkit menewaskan Ulsan HD dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Ad

Pan-gon memaklumkan kepada Sports Chosun bahawa pasukan lawan memberikan tentangan yang cukup sukar kepada Ulsan HD dengan pemain tidak dapat mempersembahkan aksi terbaik.

Advertisement

“Saya tidak mahu menyalahkan pemain. Kami akan menganalisis perlawanan ini dan bersedia untuk aksi berikutnya.

“Kami perlu berdepan dengan pasukan yang agresif seperti Yokohama. Saya cuba melawan mereka dengan corak bertahan yang agresif sungguhpun pendekatan tersebut memiliki risiko,” jelasnya.

Ad
Advertisement

Bekas pengendali Malaysia ini berjanji akan berusaha untuk mengembalikan prestasi sebenar Ulsan HD menjelang aksi berikutnya.

Ad

“Seperti yang dijangkakan, serangan balas pihak lawan amat kuat dan kami tidak mengawal serangan balas dengan baik, kami sudah bersedia tetapi tidak cukup baik.

Advertisement

“Saya akan cuba memulihkan prestasi pasukan dengan cepat dan mengembalikan kemenangan kepada peminat menerusi penampilan yang mantap,” tambah Pan-gon.

Ulsan HD akan bertemu Vissel Kobe bagi aksi ketiga kumpulan pada 23 Oktober di laman sendiri.

Advertisement