Advertisement
Alasan Pau Marti Gugurkan 5 Pemain Senior
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Keputusan untuk Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti bagi menggugurkan 5 pemain senior bersebab.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah mengumumkan senarai 26 orang pemain yang bakal menggalas cabaran dan membantu skuad kebangsaan beraksi di Piala Mitshubishi Electric ASEAN 2024.

Beliau perlu menilai jadual liga sebelum membuat pemilihan pemain dengan hanya 12 pemain daripada kem terdahulu dikekalkan menjelang sepak mula menentang Kemboja.

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemilihan pemain kali ini hasil gabungan pemain muda dan berpengalaman susulan kejohanan di luar kalendar FIFA.

“Skuad ini menampilkan gabungan seimbang pemain berpengalaman dan muda iaitu dengan 8 pemain berusia 23 tahun ke bawah. Purata umur skuad ialah 25.9 tahun.

Skuad ini juga dilabel pilihan terbaik bagi menampilkan tentangan sehabis mungkin bagi memperbaiki pencapaian pada edisi lalu.

“Ini merupakan pilihan pasukan terbaik yang dapat dikumpulkan memandangkan cabaran yang dihadapi bagi kejohanan ini yang diadakan di luar Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA.

“Dalam tempoh ini juga, Liga Malaysia akan diteruskan seperti yang dijadualkan, sekaligus menambah kerumitan untuk mendapatkan pemain,” jelas FAM.

Terdapat muka baharu seperti Aiman Hakimi, Jimmy Raymond, Harith Samsuri, Daryl Sham, Muhammad Khalil, Najmuddin Akmal dan Pavithran.

Hal ini menyebabkan tiada kelibat tonggak utama Malaysia seperti Arif Aiman, Matthew Davies, Corbin-ong, Syihan Hazmi, Dion Cools termasuklah Safawi dan Akhyar Rashid.

Skuad Harimau Malaya dijadual melapor diri di Kelana Jaya, Selangor pada Khamis, 5 Disember 2024 sebelum berlepas ke Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat, 6 Disember 2024.

Hal ini bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan A menentang Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada Ahad, 8 Disember 2024.

Pasukan seterusnya akan terbang pulang ke tanah air untuk perlawanan kedua menentang Timor-Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu, 11 Disember 2024.

Perjuangan kemudiannya diteruskan ke Bangkok, Thailand bagi perlawanan ketiga menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Sabtu, 14 Disember 2024.