Ali Olwan Pamer Taring Buat Jordan
MakanBola
Jordan FA
Sponsors

Bintang baru Selangor FC, Ali Olwan mempamerkan bisanya untuk membantu Jordan menewaskan Korea Utara dalam aksi persahabatan tertutup baru-baru ini.

Aksi persahabatan antara kedua-dua negara itu bertujuan membantu persiapan kedua-dua pasukan menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Korea Utara dan Jordan berada dalam kumpulan berbeza untuk pusingan kelayakan kali ini. Chollima berada dalam Kumpulan A dengan Al-Nashama pula berada dalam Kumpulan B.

Ad

Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi persahabatan pertama pada 28 Ogos lalu, Jordan dan Korea Utara kembali berentap buat kali kedua pada 30 Ogos lalu.

Ali membuktikan ketajamannya di depan gol dengan meledakkan dua gol buat Al-Nashama. Manakala Chollima membalas dengan satu gol.

Ad

Kemenangan ini dilihat tonik terbaik buat Jordan menjelang aksi pertama Kumpulan B menentang Kuwait pada 5 September. Ini disusuli aksi kedua menentang Palestin di Kuala Lumpur pada 10 September.

Ad

Ketajaman Ali juga merupakan berita baik buat Selangor FC. Ini kerana bisa beliau bakal ditagih untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Ad

Selangor bakal menentang Kuching City FC pada 13 September. Selepas itu, Merah Kuning membuka kempen Kumpulan H dengan menentang Muangthong United pada 19 September.