Alistair Edwards: TMJ Buatkan JDT Mampu Tandingi Kualiti Kelab Eropah
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards berkongsikan kisah kejayaan JDT hasil sentuhan DYAM TMJ sehingga mampu membuka mata dunia.

Perjalanan penuh cabaran sejak sedekad lalu kini semakin menampakkan hasilnya setelah Harimau Selatan berjaya menjulang 52 trofi sejak tahun 2013.

Advertisements

Alistair telah berkongsikan kisah kejayaan gemilang JDT ini kepada dunia menerusi satu audio siar bersama portal terkemuka Eropah, 433.

“Pada masa itu, kelab di Malaysia tidak mempunyai tahap yang sama untuk menandingi kekuatan kelab di Jepun dan China. Saya teringat apabila JDT berkolaborasi dengan Borrusia Dortmund dan kemudiannya Valencia hasil hubungan luas TMJ dengan individu dalam dunia bola sepak.”

Advertisements

“Dari situlah kami mula menerapkan falsafah bola sepak yang kami mahukan. Ketika mula-mula TMJ mengambil alih, kami seperti kelab biasa yang memiliki beberapa pemain import, namun lihatlah sekarang, kami memiliki 57 orang staf antarabangsa, akademi bola sepak sendiri dari setiap lapisan umur.”

Alistair juga melihat antara keunikan di JDT adalah falsafahnya yang tersendiri untuk menentukan corak bola sepak yang ingin dimainkan oleh juara sedekad Liga Super ini.

Advertisements

Kejayaan JDT ini juga hasil penelitian terperinci TMJ terhadap barisan pemain dan staf kejurulatihan yang mampu memikul tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat ini.

Antara perkara yang tidak terlepas dari pemerhatian JDT adalah mengenai penambahbaikan infrastruktur yang jelas menjadi kunci kepada kejayaan JDT dengan pelbagai teknologi canggih buat para pemain.

Advertisements

Beliau juga memandang tinggi visi dan cita-cita terperinci DYAM TMJ yang mampu membuka mata kelab besar di Eropah untuk berkolaborasi dengan JDT.

“JDT mempunyai hala tuju yang jelas tentang masa depan kelab. Bermula dari kami memenangi Piala AFC pada tahun 2015, JDT tidak mahu berhenti mendominasi. Bukan sahaja dalam liga, kami juga memberi fokus terhadap pembangunan bakat muda di Johor.”

Advertisements

“Lihat berapa pemain muda yang berjaya menembusi skuad utama berbekalkan falsafah yang ingin diterapkan oleh JDT telah berhasil,” jelas Alistair sehingga membuatkan hos 433 kagum.

“TMJ sememangnya seorang putera raja, namun pemahaman baginda terhadap bola sepak itu cukup luar biasa,” tambah Alistair dalam audio siar tersebut.

JDT juga dilihat sebagai sebuah kelab yang tidak akan berhenti dan sentiasa memburu kejuaraan untuk terus memposisikan diri sebagai salah sebuah kelab terbaik di Asia.

Advertisements

News Comments Account