Advertising
Jordi Amat Kongsi Perasaan Beraksi Di Kelab Terbaik Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bek tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat mengakui bangga mewakili pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu.

Sejak menyertai pasukan itu dari Eupen pada awal tahun 2022, beliau telah meraih banyak trofi. Antara trofi yang dimenangi ialah Piala Malaysia 2022 dan Liga Super edisi 2022 dan 2023.

Ad

Lebih manis, kejayaan Liga Super musim ini merupakan kejuaraan buat kali ke-10 berturut-turut yang dimenangi Harimau Selatan.

Ad

Justeru, bagi Amat, semua pencapaian yang dilakar bersama JDT merupakan satu pencapaian membanggakan buat beliau.

“Saya amat gembira kerana mewakili sebuah negara besar seperti Indonesia dan bermain untuk pasukan terbaik di Asia Tenggara JDT.

Ad

“Ia satu detik sempurna dan saya amat bangga. Saya banyak menikmatinya ketika ini. Beradaptasi dengan gaya bola sepak berbeza amat cepat untuk saya.

Ad

“Saya tak sabar menantikan Piala Asia di Qatar pada Januari ini dan ACL di Johor. Ini satu tempoh penting dalam hidup saya,” katanya kepada FIFA.com.

Ad

Sejak menyertai JDT pada 2022, Amat telah merekodkan lebih 50 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Liga M.