Satu Dekad Sempurna JDT Dominasi Liga Malaysia
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya dinobatkan selaku juara Liga Super musim 2023 untuk melengkapkan perjalanan sedekad gemilang pasukan.

Kemenangan 4-0 ke atas PDRM FC menyaksikan pasukan bimbingan Tano Solari muncul juara dengan baki 4 perlawanan dalam tangan.

Skuad Harimau Selatan sekali lagi membuktikan bahawa kekuatan pasukan sukar digugat oleh mana-mana pasukan pada musim ini.

Advertisements

JDT mengharungi 22 perlawanan liga tanpa kalah selain merekodkan 86 jaringan sementara hanya dibolosi dengan 7 gol sahaja.

Era gemilang Harimau Selatan telah pun berlangsung sejak 10 tahun lalu di bawah pimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dengan kejayaan sulung bermula ketika menjulang trofi Liga Super Malaysia buat kali pertama pada 2014.

Advertisements

Kejuaraan ke-10 Liga Super ini menyaksikan JDT telah merekodkan 28 trofi buat kelab sekaligus membuka lembaran baharu buat bola sepak Johor.

Berdasarkan rekod, Harimau Selatan telah menjulang 8 Piala Sumbangsih, 3 Piala FA, 3 Piala Malaysia dan satu kejuaraan Piala AFC.

Advertisements

Momentum cemerlang ini juga bakal meletakkan JDT pada landasan terbaik untuk menamatkan kempen liga dengan rekod tanpa kalah seperti musim 2016, 2020 dan 2022.

JDT setakat ini sudah meledak 122 gol dalam semua pertandingan dengan sudah pun menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super 2023.

Advertisements

Momentum cemerlang ini bakal membantu JDT untuk mengharungi kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan BG Pathum bagi aksi kedua kumpulan.

Keunggulan JDT dalam dan luar padang menjadi teladan terbaik buat kelab lain di Malaysia untuk terus mengukir nama di pentas tertinggi bola sepak domestik dan juga Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram