Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Detik yang ditunggu-tunggu untuk melihat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjulang kejuaraan bermakna Liga Super 2023 bakal tiba tidak lama lagi.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan kini sedang menanti detik terbaik untuk melengkapkan dominasi sedekad dalam bola sepak Malaysia.

Pasukan bimbingan Tano Solari kini hanya memerlukan satu mata dari baki lima perlawanan untuk merekodkan 10 kejuaraan Liga Super Malaysia berturut-turut.

Advertisements

Era gemilang Harimau Selatan di bawah pimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bermula apabila menjulang trofi Liga Super Malaysia buat kali pertama pada 2014.

Berdasarkan statistik yang direkodkan oleh Johor Southern Tigers, JDT menjadi satu-satunya pasukan yang menjulang kejuaraan Liga Super tiga kali berturut-turut dalam sejarah

Advertisements

JDT juga memenangi kejuaraan liga pada 2015 dan 2016 untuk memahat sejarah baharu dan mencipta satu penanda aras yang luar biasa buat bola sepak Malaysia.

Kejayaan gemilang JDT berterusan apabila mencipta ‘double hattrick’ kejuaraan liga pada 2019 dan ‘triple hattrick’ pada 2022.

Kejuaraan ke-10 Liga Super Malaysia ini juga bakal melengkapkan koleksi trofi ke-25 buat kelab.

Sebelum ini, Harimau Selatan sudah pun memenangi 8 Piala Sumbangsih, 3 Piala FA, 3 Piala Malaysia dan satu kejuaraan Piala AFC dan menjadi kelab pertama dan satu-satunya dari Asia Timur yang muncul juara kejohanan tersebut.

Selain itu, JDT juga telah menamatkan kempen liga musim 2016, 2020 dan 2022 dengan rekod tanpa kalah.

Perjalanan musim 2023 juga cukup membanggakan dengan pasukan mencatatkan 27 kemenangan dan satu seri dari 28 perlawanan di kesemua pertandingan domestik.

JDT juga telah menjaringkan 118 gol dan merekodkan 22 ‘clean sheets’ dan telah memenangi Piala Sumbangsih dan Piala FA.

Kemenangan berdepan PDRM dalam aksi Liga Super, 27 September 2023 bakal melengkapkan malam gemilang bola sepak JDT dan Malaysia untuk menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram