Altimet Sedia Bantu Selangor
MakanBola
Altimet/Selangor FC
Sponsors

Penyanyi rap terkenal, Altimet sedia membantu pasukan Selangor yang baru sahaja dikenakan denda daripada pihak Malaysian Football League (MFL).

Hari ini, pihak MFL telah mengenakan empat hukuman kepada pasukan Selangor ekoran ketidakhadiran ke perlawanan sumbangsih yang juga aksi pertama perlawanan Liga Super 2024.

Ad

Menurut Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad sedia menyumbangkan separuh daripada kutipan royalti harta intelek miliknya pada tahun ini jika pihak Selangor sudi menerimanya. 

Ad

“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini utk bantu bayar denda ni, jika SFC sudi,” ciapannya di X.

Beliau sebelum ini turut mendoakan kesejahteraan ke atas insiden yang menimpa Faisal Halim ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah.

Ad

Empat hukuman yang telah dikenakan kepada Selangor FC antaranya ialah pemotongan 3 mata, perlu membayar pampasan sebanyak RM100,000, pampasan kerugian tuan rumah dan MFL serta aksi tanpa penonton ketika menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ad