Alvin Fortes & Ronnie Fernandez Tinggalkan Impak Besar Di Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Dua pemain import Selangor FC, Alvin Fortes dan Ronnie Fernandez menunjukkan impak besar dalam kejohanan RCTI Premium Sports yang berlangsung semalam.

Ini selepas Selangor mengumumkan kedua-duanya masing-masing dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan Pemain Terbaik Kejohanan.

Advertisements

Fortes dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan kerana menunjukkan persembahan konsisten dalam perlawanan akhir antara Selangor dengan Persija Jakarta semalam.

Ini termasuk tandukannya yang dilakukan pada minit kedua perlawanan sekaligus menghadiahkan trofi kedua buat Merah Kuning untuk musim 2024/25.

Advertisements

Sementara Fernandez pula dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan kerana sentiasa menjadi penghubung setiap kali Selangor melancarkan serangan.

Kekuatan fizikal dan keupayaan mencari pemain di ruang kosong membantu Merah Kuning meraih dua kemenangan sepanjang kejohanan.

Advertisements

Impak besar yang ditunjukkan dua pemain import baru ini bakal ditagih jurulatih Selangor, Nidzam Jamil apabila saingan Piala FA bermula.

Selangor bakal turun menentang Negeri Sembilan FC untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA. Perlawanan itu akan berlangsung pada 15 Jun di Stadium MBPJ.

Advertisements

News Comments Account