Malaysia telah membuatkan keputusan untuk menghantar dua wakil hebat, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.
Hal ini selepas satu kenyataan oleh Malaysian Football League (MFL) yang mengesahkan bahawa dua pasukan ini bakal beraksi di Asia.
Skuad Harimau Selatan kekal selaku wakil tunggal Malaysia di AFC Champions League Elite (ACLE) sementara Selangor FC di AFC Champions League Two (ACL2).
“Mesyuarat turut membincangkan berkenaan slot ke pertandingan kelolaan AFC iaitu ACL Elite dan ACL 2 serta Kejohanan Kelab Asean (AFF).
“JDT selaku juara Liga Super 2024-2025 bakal bersaing dalam ACL Elite manakala naib juara Liga Super 2024-2025 bakal berentap dalam ACL 2.
Namun begitu, MFL telah menetapkan bahawa dua pasukan ini akan menggalas satu lagi tugasan di Asia Tenggara iaitu pada kempen ACC Shopee Cup.
“Terdapat sedikit perubahan bagi Kejohanan Kelab Asean di mana AFF selaku badan pengelola telah menetapkan dua slot ke kejohanan itu adalah juara liga dan juara pertandingan berformat kalah mati (Piala FA).
“Ahli Lembaga Pengarah MFL mengesahkan slot itu akan diberikan kepada JDT selaku juara Liga Super dan Piala FA manakala satu lagi slot kepada Selangor FC selaku naib juara Liga Super,” ujar kenyataan MFL.
Malaysia bagaimanapun mendapat khabar buruk berkenaan Perak FC dan Kedah Darul Aman yang tidak akan mewarnai kancah Liga Malaysia musim 2025/26.