Amaran Awal Nepal Buat Cklamovski & Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Amaran awal telah diberikan oleh pasukan kebangsaan Nepal menjelang pertemuan dengan Harimau Malaya.

Pasukan ke-175 dunia itu mengadakan aksi persahabatan menentang Singapura sebelum mengharungi aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Malaysia.

Ad

Keputusan mengejutkan berlaku di Stadium Nasional, Singapura selepas pasukan bimbingan Tsutomu Ogura tewas tipis dengan keputusan 1-0.

Ad

Skuad kebangsaan pula tidak mengadakan sebarang aksi persahabatan menjelang pertemuan penting dengan Nepal sekali gus menjadi amaran awal untuk bersedia sebaik mungkin.

Statistik oleh laman Sofascore juga menunjukkan saingan seimbang berjaya diberikan oleh Nepal yang berada pada kedudukan lebih rendah berbanding Singapura.

Ad

Anak buah Matt Ross merekodkan 50 peratus penguasaan bola, satu sepakan penjuru dan 6 percubaan sepanjang perlawanan berbanding Singapura dengan 8 percubaan namun tidak berjaya membolosi gawang lawan.

Ad

Ini juga menjadi ujian pertama buat pengendali baharu negara, Peter Cklamovski yang dilantik untuk mengemudi pasukan kebangsaan sejak Januari lalu.

Ad

Malaysia dalam misi wajib untuk menamatkan saingan pada peringkat kumpulan bagi melayakkan diri kali kedua secara merit ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments