Amaran Awal Pengulas Indonesia Tentang Selangor Benar-Benar Terjadi
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Amaran awal yang diberikan oleh pengulas Indonesia tentang kekuatan Selangor FC dalam kempen RCTI Premium Sports.

The Red Giants berjaya menjulang trofi kedua di Indonesia selepas menundukkan jaguh serantau, Persija Jakarta dengan keputusan 1-0.

Ad

Pasukan bimbingan Nidzam Jamil berjaya menjulang piala kedua dalam tempoh beberapa bulan selepas menjuarai Selangor Asia Challenge.

Ad

Kedatangan Selangor di sana telah dipandang hebat oleh barisan pengulas dan juga penonton yang melihat kualiti pemain dalam pasukan gergasi Malaysia itu.

Pengulas bagi perlawanan tersebut telah mengenal pasti kekuatan yang dimiliki oleh Gergasi Merah beberapa minit sebelum mereka menjaringkan gol.

Ad

“Terdapat 6 pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan dengan posisi penjaga gol dan pertahanan dibarisi pemain muda.

Ad

“Bahagian serangan bagaimanapun menampilkan pemain berpengalaman dan harus waspada dengan Yohandry Orozco sebagai pemain import.

Ad

Pengulas tersebut juga sudah berwaspada dengan kehadiran tonggak baharu Selangor, Alvin Fortes yang dijangka bakal memberikan masalah.

“Ada juga Alvin Fortes pada bahagian serangan pasukan dengan formasi 4-3-3 yang sangat menyerang oleh Selangor,” jelasnya pada siaran langsung RCTI Premium Sports.

Semuanya menjadi kenyataan apabila pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan gol tunggal yang menjadi punca kejuaraan Selangor FC di Indonesia.

Saingan Liga Super sedang berehat bagi tugasan kebangsaan dengan Selangor mempunyai misi untuk beraksi di Piala FA dan ACL 2 tahun ini.