Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC berjaya menjuarai Selangor Asia Challenge 2024 selepas membenam Young Elephants.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil tidak berdepan masalah untuk memperagakan rentak terbaik.
Ketajaman jentera serangan The Red Giants muka terserlah apabila pemain sayap sensasi, Alvin Fortes membuka tirai jaringan pada minit ke-26 hasil satu percubaan cantik.
Selangor tidak menunggu lama untuk menggandakan jaringan apabila hantaran lintang Fortes mudah sibaca oleh kapten pasukan, Safuwan Baharudin bagi gol kedua 9 minit berselang.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0.
Bersambung babak kedua, tekanan yang terus diberikan oleh tuan rumah menyebabkan anak didik Phoutpasong Sengdalavong terus buntu untuk memburu jaringan.
Ketenangan yang dimiliki oleh Faisal Halim dengan satu tampanan kemas sebelum melepaskan rembatan melepasi kawalan Vilaponh untuk gol ketiga.
Kemasukan pemain gantian, Syahir Bashah memberikan impak sebenar apabila tenang menahan bola hasil lantunan sebelum menolak masuk untuk gol keempat pada minit ke-73.
Tamat permainan dengan kemenangan memihak kepada Selangor dengan keputusan 4-0 dan sudah pun membenam Brunei DPMM dengan keputusan sama dalam satu aksi sebelum ini.
Selangor mengakhiri saingan dengan 14 mata hasil dua kemenangan (6 mata) dan 8 jaringan yang diberikan satu mata setiap satu gol.