SAC 2024: Selangor Bedil Brunei DPMM Tanpa Segan Silu
Persahabatan
Selangor FC
Advertisements

Perlawanan Selangor Asia Challenge (SAC) menyaksikan tuan rumah, Selangor mudah mengatasi Brunei DPMM dengan keputusan 4-0.

Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ itu menyaksikan ketua jurulatih, Nidzam Jamil menurunkan beberapa pemain seperti Daniel Asri, Alvin Fortes, Umarbek Eshmurodov dan Khairul Azhan dalam kesebelasan utama.

The Red Giants tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila perancang tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh mudah merembat masuk gol pembukaan hasil kecelaruan dalam kotak penalti pada minit ke-15.

Advertisements

Tidak menunggu lama, Selangor terus menggandakan usaha dan hasilnya, pemain sayap berbisa pasukan iaitu Alvin Fortes menggandakan kedudukan tuan rumah pada minit ke-30.

Selangor melepaskan beberapa peluang terhidang menjelang 15 minit terakhir babak pertama untuk mengakhiri cabaran dengan keputusan 2-0.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat kembali dengan rentak lebih baik menerusi beberapa asakan awal untuk mendapatkan jaringan.

Advertisements

Kelebihan bagaimanapun memihak kepada Selangor apabila memperoleh gol ke-4 pasukan hasil percubaan Alvin Fortes pada minit ke-68.

Beberapa pertukaran pemain muda mula diatur dengan kemasukan Aliff Izwan, Syahir Bashah, Nooa Laine dan juga Harith Haiqal pada babak kedua.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan dengan lawan terus buntu di hadapan gawang.

Advertisements

Selangor juga mendapat perkhabaran apabila pengendali Ireland, Conor Nestor difahamkan menyertai pasukan sebagai pembantu jurulatih musim 2024/25.


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram