Jurulatih Ireland, Conor Nestor Sertai Selangor
Transfer
Hyderabad FC
Advertisements

Jurulatih kelahiran Ireland, Conor Nestor difahamkan sudah dilantik menjadi pembantu jurulatih Selangor FC.

Teka-teki mengenai calon pembantu jurulatih The Red Giants menjadi tanda tanya apabila pasukan itu memberi bayangan bahawa sedang mencari tenaga dari luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal memberitahu bahawa jurulatih kelahiran Australia berada dalam radar Selangor.

Advertisements

Teka-teki itu bagaimanapun akhirnya terjawab apabila seorang individu dilihat duduk di bangku kejurulatihan Selangor ketika bertemu Brunei DPMM di Stadium MBPJ menerusi laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Jurulatih Ireland yang dimaksudkan itu ialah Conor Nestor yang difahamkan membarisi barisan kejurulatihan Selangor musim 2024/25.

Advertisements

Laman Transfermarkt juga sudah mengesahkan penyertan pengendali berusia 40 tahun itu bersama The Red Giants.

Jurulatih kelahiran Limmerick, Ireland ini pernah menjadi Ketua Jurulatih Svay Rieng di Kemboja (2018-2023) dan juga Pengarah Teknikal Hyderabad FC di India.

Advertisements

Penambahan ini sudah pastinya penting untuk pasukan bagi memastikan Selangor beraksi cemerlang terutamanya dalam saingan Liga Juara-Juara AFC2 (ACL2).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram