Jurulatih Australia Bakal Sertai Selangor?
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Teka-teki mengenai calon pembantu jurulatih Selangor FC masih belum terjawab namun pasukan difahamkan sedang mengintai khidmat jurulatih kelahiran Australia.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan, Dr. Johan Kamal Hamidon mengenai perancangan pasukan bagi musim 2024/25.

The Red Giants sebelum ini telah melantik ketua jurulatih baharu iaitu Nidzam Jamil bagi menggantikan posisi Tan Cheng Hoe yang meninggalkan pasukan untuk ke Thailand.

Advertisements

“Alhamdulillah, Nidzam Jamil dan barisan kejuratihan sedang giat mencari pembantu jurulatih pasukan. InsyaAllah kita akan membawa masuk 2-3 pegawai baru.”

“Jurulatih (Nidzam Jamil) sedang meneliti resume. Kita memberi tanggungjawab sepenuhnya untuk beliau memilih sendiri barisan kejurulatihan. Tahun ini merupakan tahun yang besar buat Selangor, beliau pastinya mahu mendapatkan sokongan terbaik.”

Antara calon yang sedang dikenal pasti oleh naib juara Liga Super 2023 itu termasuklah pengendali kelahiran Australia yang pernah beraksi di Liga Malaysi suatu ketika dahulu.

Advertisements

“Ada beberapa calon yang sedang dikenal pasti. Besar kemungkinan Selangor akan membawa masuk pembantu jurulatih daripada luar negara.”

“Jurulatih ini juga pernah menjadi pemain sewaktu Nidzam Jamil bermain. Beliau merupakan warganegara Australia,” jelas Dr. Johan ketika ditemui di pusat katihaj Selangor FC.

Antara calon yang disebut-sebut berada dalam radae Selangor FC ialah dua bekas pemain Australia iaitu Ross Aloisi dan juga Adam Grafifth.

Advertisements

Selangor bakal memulakan perjalanan musim 2024/25 menentang JDT dalam aksi Piala Sumbangsih 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram