Selangor Pertimbang Jurulatih Australia Bantu Nidzam Jamil
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Selangor sedang dalam perbincangan bagi melantik penolong jurulatih kelahiran Australia bagi membantu ketua jurulatih, Nidzam Jamil dalam saingan Liga Malaysia 2024/2025

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Datuk Dr Johan Kamal, Nidzam Jamil dan staf kejurulatihan yang lain sedang rancak memantau beberapa nama bagi mengisi kekosongan pembantu jurulatih pasukan tersebut.

“Alhamdulillah, Nidzam dan pasukan sedang giat mencari penolong jurulatih untuk Selangor FC. Jadi, In shaa Allah kita akan membawa masuk dua-tiga pegawai baru” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa SFC Iftar Of Hope di Pusat Latihan Selangor.

Advertisements

Tambah beliau lagi, tugas memilih pembantu jurulatih akan diberikan sepenuhnya kepada Nidzam dan pasukannya memandangkan tahun ini The Red Giants akan bersaing di peringkat Asia.

”Kita memberi mandat dan tanggungjawab kepada Nidzam untuk memilih sendiri. Tahun ini tahun yang besar beliau ingin mendapatkan pembantu yang terbaik daripda jurulatih-jurulatih baharu yang akan datang,” tambahnya lagi.

Advertisements

Beliau turut mengesahkan bahawa pasukan Selangor kini masih tiada pembantu jurulatih dan calon utama bagi mengisi jawatan tersebut adalah individu yang tidak asing lagi dalam saingan Liga Malaysia suatu ketika dahulu.

“Pada ketika ini, tiada pembantu jurulatih di Selangor kerana (Ramon) Marcote tidak disambung kontrak dan Nidzam dinaikkan pangkat menjadi ketua jurulatih.”

Advertisements

”Sebenarnya, (pembantu) jurulatih ini pernah bermain di Malaysia sebelum ini, sewaktu zaman Nidzam Jamil dan (beliau berasal) daripada Australia,” ujar beliau kepada pihak media.

Nidzam Jamil dilantik sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang memilih untuk berkelana ke negara jiran bagi mengemudi kelab Police Tero FC di Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram