Amerika Syarikat Bantu Malaysia ‘Rampas’ Ranking FIFA Terbaik Dekad Ini
MakanBola
Getty + FA Malaysia
Sponsors

Amerika Syarikat bantu Malaysia ‘rampas’ ranking FIFA terbaik dekad ini selepas kali terakhir melakukannya 17 tahun lalu pada tahun 2006 di mana Malaysia pada ketika itu pernah berada di kedudukan ke-124 dunia.

Malaysia kembali di kedudukan terbaik berbanding ranking FIFA rasmi sebelum ini di kedudukan 137 selepas negara dari Kepualaun Carribean, St Kitts and Nevis tewas dua aksi menentang Trinidad & Tobago dan Amerika Syarikat.

Ad
Sponsors

Dalam 2 aksi Piala Emas Concacaf itu, St Kitts and Nevis tewas 3-0 kepada Trinidad & Tobago dan dibelasah teruk Amerika Syarikat 0-6 sekaligus mereka kehilangan -3.40 mata dan turun ke tangga 139 dunia berbanding 136 sebelum ini.

Ad

Sementara itu, Malaysia memperoleh manfaat selepas kembali ke tangga 136 dunia berbanding 137 dengan mata keseluruhan sebanyak 1091.57 kekal seperti yang dikeluarkan secara rasmi secara berkala oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA beberapa hari lalu.

Di rantau Asia Tenggara pula, Vietnam kekal di tangga teratas di tangga ke-95, Thailand (114), Filipina (135), Malaysia (136), Indonesia (150), Singapura (158), Myanmar (160), Kemboja (176), Laos (188), Brunei (192), dan Timor-Leste (195).

Ad

Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon meletakkan memperbaiki ranking FIFA sebagai keutamaan dan dijadualkan bakal bertemu China pada September ini dan sedang mencari satu lagi lawan bagi melengkapkan kuota 2 perlawanan maksimum dalam jendela tetingkap FIFA seterusnya.

Ad