Ads
Amri Yahyah Tak Jadi Bersara, Sertai Putrajaya Athletic?
Transfer
PT Athletic FC

Penyerang veteran Amri Yahyah dilaporkan tidak jadi bersara dengan menyertai pendatang baru Liga A1 Semi Pro, Putrajaya Athletic FC.

Advertisements

Berita perpindahan legenda Selangor FC itu dinyatakan dalam kemas kini terbaru aktiviti perpindahan Liga Super di laman sesawang Transfermarkt baru-baru ini.

Advertisements

Amri telah menyertai Putrajaya pada 2 Mei lalu. Ini menjadikan beliau pemain berpengalaman terbaru memperkuatkan pasukan itu.

Advertisements
Advertisements

Selain Amri, Putrajaya turut membawa masuk penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman, Indra Putra Mahayuddin, Syazwan Zainon, Abdul Latif Suhaimi dan Nurshamil Abd Ghani.

Penyerang berusia 43 tahun itu dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri bersama Putrajaya.

Advertisements

Ini kerana jurulatih Putrajaya, Nazrulerwan Makmor dan Indra Putra masing-masing merupakan rakan sepasukan lamanya semasa bersama Selangor pada musim 2005-2006 dan 2008.

Sebelum ini, Amri mengumumkan keputusan menggantung but selepas perlawanan terakhirnya bersama Sabah FC pada Disember pada tahun lalu.

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu menunjukkan impak segera dengan membantu Putrajaya menewaskan Terengganu FC II 3-2 dalam aksi pra-musim semalam.

Amri menyumbat dua gol buat tuan rumah. Sementara satu lagi gol Putrajaya disumbangkan oleh Nurshamil.

Skuad muda Penyu membalas menerusi penyerang import mereka, Nnabuike Chukwu Chijioke dan Rizuan Muda.

Advertisements

Impak Amri dijangka ditagih Putrajaya apabila pasukan itu bertemu dengan Sri Pahang FC dalam satu lagi aksi pra-musim di Temerloh, Pahang hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram