Advertising
Anak Lagenda Barcelona Kini Penasihat Teknikal Timnas Indonesia
MakanBola
Shenzhen FC

Bekas pengarah sukan Barcelona, Jordi Cruyff sah menggalas peranan sebagai penasihat teknikal Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Pelantikan figura berusia 51 tahun itu diumumkan Presiden PSSI, Erick Thohir dalam satu sidang media. Cruyff dibawa masuk atas cadangan jurulatih Indonesia, Patrick Kluivert.

Ad

Legenda Manchester United itu amat dikenali dalam dunia bola sepak antarabangsa kerana beliau merupakan anak kepada legenda Belanda tersohor, Johan Cruyff.

Ad

“Dengan bangga kami menyambut Jordi Cruyff sebagai Penasihat Teknis PSSI yang baru,” kata Erick dalam satu kenyataan.

“Patrick Kluivert dan Jordi saling mengenali antara satu sama lain dan ketika beliau mencadangkan namanya, saya sangat bahagia. Pengalaman beliau sebagai pemain dan jurulatih akan sangat penting dalam membangun masa depan bola sepak Indonesia.

Ad

“Terus terang mendatangkan figura dengan kualiti baik seperti Jordi itu tidak mudah. Jadi hal ini harus sangat dihargai kerana Jordi sangat serius untuk memajukan bola sepak kita.”

Ad

Sebaik pelantikannya disahkan, Cruyff mengakui cukup teruja dengan prospek membantu bola sepak Indonesia.

Ad

“Saya sangat bersemangat. Saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman saya dan pengetahuan saya untuk memajukan taraf bola sepak Indonesia,” katanya.

“Bakat sudah ada, dengan struktur yang baik dan sokongan yang tepat, kita bisa mencapai mimpi yang hebat di pentas dunia.”

Selain pernah menggalas peranan sebagai pengarah sukan Barca, beliau juga pernah mengisi peranan sama untuk AEK Larnaca dan Maccabi Tel Aviv.

Cruyff juga pernah melatih skuad kebangsaan Ecuador dan dua kelab China, Shenzhen FC dan Chongqing Dangdai Lifan.

Input bekas bintang Alaves itu dijangka ditagih Erick dalam menentukan siapa calon sesuai yang akan mengisi jawatan Pengarah Teknikal PSSI.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments