Advertising
Anak Shin Tae-yong Kecewa Dengan Tindakan PSSI
MakanBola
Korea FA
Sponsors

Anak Shin Tae-yong, Shin Jae-won meluahkan rasa kecewa terhadap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Ini selepas badan induk bola sepak Indonesia itu memilih memecat bapanya sebagai jurulatih skuad kebangsaan negara itu.

Ad

Keputusan itu diumumkan PSSI menerusi satu kenyataan yang disiarkan di platform media sosial rasmi mereka.

Ad

“Keputusan ini dibuat berdasarkan pertimbangan yang panjang dan matang serta penilaian yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia dan Badan Pasukan Kebangsaan secara menyeluruh terhadap prestasi Pasukan dan matlamat jangka panjang yang ingin dicapai oleh Pasukan Kebangsaan Bola Sepak Indonesia,” kata PSSI dalam satu kenyataan.

“PSSI mengucapkan terima kasih dan menghargai segala sumbangan yang telah diberikan untuk pembangunan Pasukan Kebangsaan Bola Sepak Indonesia. PSSI berharap yang terbaik untuk Shin Tae-yong pada masa depan.”

Ad

Sebaik pengumuman itu disiarkan, Jae-won menganggap apa yang dilakukan PSSI satu kesilapan besar.

Ad

“Kita lihat sama ada kamu semua dapat mara lebih jauh atau tidak tanpa beliau. Beliau sudah memberikan segalanya untuk meletakkan Indonesia pada kedudukan ini,” katanya di ruang komen Instagram PSSI.

Ad

Pemain Seongnam FC itu turut memaklumkan beliau mengetahui cara PSSI melayan bapanya. Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk menutup mulut tentang hal itu buat masa ini.

“Saya ada banyak benda nak diperkatakan tentang cara PSSI melayan bapa saya tapi saya akan tutup mulut buat masa sekarang,” tambahnya.

Tae-yong menjadi jurulatih Indonesia paling lama dengan rekod perkhidmatan selama lima tahun dari 2020 hingga 2025.

PSSI kini mengintai khidmat tiga jurulatih yang berpotensi sebagai calon pengganti bekas jurulatih Korea Selatan itu. Salah seorang daripadanya ialah legenda Belanda, Patrick Kluivert.