Pertembungan antara Kemboja vs Malaysia bagi aksi pembukaan ASEAN Championship mencuri tumpuan.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente turun dengan keyakinan susulan prestasi memberangsangkan selepas menang tiga daripada 5 perlawanan terakhir.
Malaysia juga merangkul trofi Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0 sekaligus membentuk keyakinan baik dalam diri pemain.
Prestasi semasa menunjukkan bahawa Kemboja tunduk 3-0 di tangan Hong Kong, tewaskan Chinese Taipei 3-2 selain dimalukan Sri Lanka menerusi penentuan penalti.
Harimau Malaya pula melakar 3 kemenangan dalam 5 aksi terakhir dan hanya tewas sekali menentang New Zealand pada bulan Oktober lalu.
Rekod Pertembungan Kemboja vs Malaysia
Harimau Malaya memiliki rekod cemerlang berdepan Kemboja sejak pertemuan kali pertama pada tahun 1956.
Malaysia merekodkan 23 kemenangan, dua seri dan 4 kekalahan dengan kali terakhir berjaya menewaskan lawan pada satu aksi persahabatan tahun 2022 dengan keputusan 4-0.
Skuad yang terkenal dengan jolokan Ankor Warriors itu kali terakhir menewaskan Malaysia adalah kira-kira 51 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1073 dalam aksi Piala Presiden Korea dengan keputusan 2-0.
Ranking Semasa Kemboja vs Malaysia
Kemboja ketika ini menghuni tangga ke-180 dunia ketika ini dan merupakan pasukan ke-8 terbaik di Asia Tenggara.
Kedudukan ini menyaksikan skuad kebangsaan meninggalkan jauh ranking Kemboja apabila menghuni tangga ke-132 dunia dan merupakan pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara.
Siaran Langsung Kemboja vs Malaysia
Tarikh: 8 Disember 2024 (Ahad)
Masa: 6:45 Petang
Venue: Stadium Olimpik, Phnom Penh
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.