Andre Onana & Garnacho Doakan Faisal Halim Segera Sembuh
MakanBola
Stadium Astro
Sponsors

Dua bintang Manchester United, Andre Onana dan Alejandro Garnacho mendoakan kesembuhan segera buat penyerang negara, Faisal Halim. 

Penjaga gol Manchester United itu mewakili rakan sepasukannya berharap agar Faisal Halim terus kuat dan cekal hadapi cabaran ini. 

Ad

“Kami mendapat berita tentang apa yang terjadi. Kami juga merasainya di sini dan kami menegaskan bahawa kami semua bersama Faisal.

Ad

“Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga tabah menghadapi situasi ini,” katanya Andre Onana di Stadium Astro.

Ketika ini, Faisal Halim memberi khabar gembira kepada semua orang apabila beliau disahkan sudah boleh berjalan. 

Ad

Pemain sayap Selangor itu menjadi mangsa simbahan asid oleh beberapa individu tidak dikenali. Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli belah terkemuka. 

Ad

Faisal Halim kimi terpaksa rehat daripada bola sepak lebih dari 3 bulan atau 6 bulan untuk sembuh. Kelibat beliau bakal dirindui para penyokong.