Advertisements
Anwar Ibrahim Luluskan RM5 Juta Pertingkat Mutu Bola Sepak Malaysia
Asia
MakanBola
FA Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM5 Juta akan diberi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, yang memaklumkan peruntukan ini diumumkan selepas Harimau Malaya berjaya mempamerkan aksi terbaik menentang Korea Selatan semalam.

Peruntukan yang diberi ini adalah khas untuk pasukan bola sepak sebagai sokongan penuh terhadap pembangunan mutu bola sepak negara.

Beliau berharap agar dapat meningkatkan kualiti bola sepak serta pengurusan ke arah yang lebih baik. 

“Saya sudah meluluskan tambahan RM 5 Juta kepada FAM supaya dapat mengurus pasukan bola dan meningkatkan keupayaan mereka.

Memetik laporan, penyaluran dana tersebut akan diberi secara langsung kepada pihak FAM dengan kadar segera.

“Penyaluran dana ini akan diberikan kepada FAM dengan segera. 

“Bagi sukan yang lain akan melalui daripada Kementerian Sukan dan Belia,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia berjaya membawa pulang 1 mata selepas berjaya mengikat Korea Selatan sengan keputusan 3-3 semalam.

Meskipun gagal melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir, ianya satu keputusan positif yang dicatatkan oleh skuad kebangsaan.