Anwar Ibrahim Puji Faisal Halim
Harimau Malaya
Anwar Ibrahim/FA Malaysia
Advertisements

Kejayaan Faisal Halim di pentas Asia telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu ciapan di akaun X rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berasa kagum dan memuji pemain sayap negara, Faisal Halim di atas kejayaan meraih Anugerah Gol Terbaik di kejohanan Piala Asia Qatar yang lalu.

“Steady @faisalhalim_7 ! Terbaik anak muda!,” tulis YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman X.

Advertisements

Faisal Halim pula menerusi laman X peribadinya membalas ucapan tersebut dengan menyatakan terima kasih di atas perhatian YAB Perdana Menteri dan sempat memohon pasukan Malaysia terus berjaya di masa akan datang.

”Alhamdullilah. Terima kasih atas ucapan ini YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Doakan kejayaan saya dan pasukan Harimau Malaya di pentas kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027,” balas pemain berusia 26 tahun itu.

Pada Isnin, gol Faisal Halim telah diiktiraf oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi sebagai Jaringan Terbaik Piala Asia Qatar yang lalu setelah mengira undian yang diterima daripada para peminat bola sepak Asia.

Advertisements

Jaringan yang dihasilkan ketika seri 3-3 menentang jaguh Asia, Korea Selatan itu telah meraih 80% undian daripada peminat sekaligus diangkat sebagai gol terbaik kejohanan menewaskan pencabar-pencabar yang lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram