Rasmi: Gol Faisal Halim Dinobat Jaringan Terbaik Piala Asia 2023
Harimau Malaya
FA Malaysia/AFC
Advertisements

Pemain sayap negara, Faisal Halim sah menggondol anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023.

Ini selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi mengumumkan pemenang Gol Terbaik Piala Asia 2023 selepas mengira undian yang diterima daripada peminat bola sepak Asia.

Gol yang dijaringkan Faisal membantu Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E.

Advertisements

Berdasarkan kiraan undian selepas jam 10.00 malam, 25 Februari lalu, Faisal unggul di hadapan dengan meraih 85% undian.

Bintang Montpellier dan Jordan, Mousa Al-Tamari mengekori di belakang dengan 9% undian. Sementara kapten Tottenham Hotspur dan Korea Selatan, Son Heung-min pula meraih 3%.

Bintang Thailand, Supachok Sarachat dan penyerang Iran, Sardar Azmoun masing-masing meraih 1% undian.

Advertisements

Manakala Keito Nakamura (Jepun), Hassan Al Haydos (Qatar) dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) pula menerima tidak sampai 1% undian.

Gol Faisal sebelum ini turut diiktiraf AFC sebagai antara gol menakjubkan yang dijaringkan dalam Piala Asia 2023.

Anugerah ini dijangka memberi keyakinan kepada pemain sayap Selangor FC itu tampil lebih cemerlang dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada Mac ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram