Faisal Halim & Malaysia Dijulang Tinggi Di Asia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan negara, Faisal Halim berjaya memberikan senyuman kepada Malaysia apabila jaringannya dinobatkan sebagai gol terbaik di Piala Asia AFC 2023.

Harimau Malaya mengharungi kempen yang cukup baik apabila berjaya meraih satu mata hasil keputusan seri berdepan Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Beliau memainkan peranan yang cukup hebat apabila meledak satu gol cantik yang mencetus kepada kebangkitan skuad negara menentang Taeguk Warriors.

Advertisements

Gol Faisal tersenarai bersama-sama 7 pemain lain yang turut berpotensi untuk muncul pemenang bersama-sama bintang Jordan iaitu Mousa Al Tamari, kapten Korea Selatan, Son Heung-min dan pemain lain seperti Supachok Sarachat (Thailand), Sardar Azmoun (Iran), Keito Nakamura (Jepun), Hassan Al Haydous (Qatar) dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi).

Menerusi keputusan akhir oleh AFC, Faisal muncul pemenang selepas meraih 85 peratus undian sekaligus meninggalkan jauh pencabar yang lain.

Tempat kedua pula dikejar oleh dua rakan sekumpulan, Mousa Al-Tamari dengan 9 peratus undian manakala Son Heung-min dengan 3 peratus undian.

Advertisements

Kemenangan itu membuktikan kualiti pemain yempatan untuk bersaing di pentas tertinggi Asia sekaligus menbuka mata ramai pihak.

Perjalanan negara diteruskan apabila Malaysia bakal berdepan Oman pada bulan Mac ini bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram