Faisal Halim Hampiri Kemenangan Bergaya Di Asia
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap lincah negara, Faisal Halim menghampiri kemenangan bergaya di Asia buat kali pertama.

Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya meraih satu mata berharga ketika menentang Korea Selatan apabila perlawanan berkesudahan dengan keputusan 3-3.

Semua mata bagaimanapun tertumpu kepada jaringannya apabila berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan berkelas dunia seperti Kim Min-jae.

Advertisements

Golnya itu akhirnya disenaraikan sebagai salah satu jaringan terbaik kejohanan di Qatar itu.

Pemain Selangor ini berdepan saingan sengit beberapa nama besar yang turut mencipta jaringan berkualiti seperti kapten Korea Selatan, Son Heung-min, Keito Nakamura (Jepun), Mousa Al-Tamari (Jordan), Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi), Supachok Sarachat (Thailand), Sardar Azmoun (Iran) dan juga Hasan Al-Haydos (Qatar).

Kemampuan pemain negara akhirnya telah membuka mata ramai pihak sungguhpun Malaysia ketika ini menghuni tangga ke-132 menurut kemas kini ranking FIFA.

Advertisements

Menerusi kedudukan undian terkini di AFC, Faisal Halim selesa mendahului undian terbanyak dengan 67 peratus disusuli oleh pemain sayap Jordan, Mousa Al-Tamari (18 peratus) dan juga Son Heung-min (8 peratus).

Undian yang bakal ditutup pada 25 Februari 2024 jam 8 malam memberikan kelebihan kepada wakil negara untuk mencul sebagai pemenang.

Bekas pemain Terengganu ini juga merupakan penjaring terbanyak buat skuad kebangsaan pada tahun 2023 dengan 6 gol bersama-sama Arif Aiman Hanapi.

Advertisements

Undi di sini: Gol Faisal Halim vs Korea Selatan

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram