5 aksi lampau Malaysia menentang Indonesia tampak seimbang bagi perlawanan persahabatan,kejohanan piala peringkat Asia Tenggara dan kelayakan Piala Dunia.
Kali terakhir Harimau Malaya bertemu Garuda tersebut adalah pada 19 Disember 2021 di Stadium Nasional, Singapura bagi aksi Piala AFF Suzuki 2020.
Bagi rekod, perlawanan pertama adalah pada tahun 2014 dalam aksi persahabatan antarabangsa, Indonesia berjaya menumpaskan pasukan Malaysia dengan keputusan 2-0 di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo.
Selepas itu, pasukan Malaysia bertemu semula dengan Garuda dalam perlawanan peringkat antarabangsa juga dengan menyaksikan Harimau Malaya turut tumpas 3-0 di tangan Garuda di Stadium Manahan, Surakarta pada 6 September 2016.
Berselang 3 tahun, Harimau Malaya kembali bertemu skuad jiran itu setelah di Stadium Gelora Bung Karno bagi aksi pertama kelayakan Piala Dunia peringkat Asia pada 5 September. Perlawanan tersebut memperlihatkan Malaysia mencatatkan keputusan menang 2-3 hasil magis pemain gantian, Mohamadou Sumareh.
Pada 19 November 2019, Malaysia menentang pasukan Indonesia sekali lagi bagi perlawanan timbal balik yang menyaksikan Malaysia turut meraih kemenangan dengan keputusan 2-0 di TM Stadium Nasional.
Perlawanan terakhir antara Malaysia dan Indonesia dimenangi oleh pasukan Garuda dengan keputusan 4-1 pada 19 Disember 2021 bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 di Stadium Nasional, Singapura.
Kekalahan tersebut menyaksikan Harimau Malaya gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir kejohanan tersebut.
Aksi itu menyaksikan Irfan Jaya (2×), Pratama Arhan dan Elkan Baggott menjadi pemusnah. Sementara itu, penyerang Malaysia, Kogileswaran Raj mendapat jaringan saguhati buat skuad negara.
Harimau Malaya bakal menghadapi semula cabaran pasukan julukan Garuda pada 28 September ini bagi aksi kedua Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno pada Isnin dan sepak mula dijadualkan pada pukul 8:30 malam waktu Malaysia.
Keputusan perlawanan ini bakal menentukan pasukan daripada Kumpulan A yang berpeluang mara ke pentas final Piala ASEAN FIFA 2026 menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan pada minggu hadapan.