ACL

Tekanan Port Memuncak Hadapi JDT Di Asia

Arif JDT Pohang Tekanan Port Memuncak Hadapi JDT Di Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Peluang kelab gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta kejutan di pentas Asia terbuka luas.

Pasukan kendalian Xisco Munoz berada pada momentum cemerlang ketika ini selepas meraih kemenangan 2-0 menentang gergasi Korea, Pohang Steelers pada aksi kedua, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Kemenangan bergaya itu memastikan skuad Harimau Selatan tidak tewas dalam dua aksi awal kumpulan, selain membawa momentum cemerlang berdepan Port FC bagi aksi ketiga kumpulan.

JDT berjaya mengekalkan rentak cemerlang musim ini apabila menang kesemua lima perlawanan terakhir dalam semua kejohanan, menjaringkan 17 gol dan hanya dibolosi sekali sahaja.

Sementara itu, Port FC bimbingan Bozidar Bandovic turut berada dalam prestasi cemerlang – menang empat daripada lima aksi terakhir namun bolos sembilan kali dalam tempoh tersebut.

“JDT mempunyai satu hari lagi untuk berehat. Ini satu perkara yang memberikan sedikit kelebihan,” katanya pada sidang media pra-perlawanan pada Isnin.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan kekalahan besar Port di tangan Kashiwa Reysol dengan keputusan 5-1, sekali gus memberikan tekanan tambahan kepada wakil Thailand itu beraksi di gelanggang lawan.

Port kini menghuni tangga kedua tercorot tanpa sebarang mata selepas dua kekalahan sebelum beraksi menentang JDT, petang ini.

Aksi antara JDT menentang Port FC dijadual pada Selasa, 27 Oktober di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri jam 6.00 petang (waktu Malaysia).