Faisal Halim Gegar Asia Lagi
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Nama penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim kembali menjadi tumpuan peminat bola sepak Asia.

Ini selepas nama Faisal tersenarai dalam pemilihan Gol Terbaik Piala Asia 2023 anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.

Selain Faisal, tujuh pemain disenaraikan iaitu Son Heung-min (Korea Selatan), Hassan Al-Haydos (Qatar), Supachok Sarachak (Thailand), Mousa Al-Tamari (Jordan), Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) dan Sardar Azmoun (Iran).

Advertisements

Peminat bola sepak Asia boleh menilai gol mana yang patut diangkat sebagai gol terbaik kejohanan dengan menonton kompilasi video gol lapan pemain tersebut yang disediakan AFC.

Gol Faisal semasa menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan E itu bukan saja membantu Harimau Malaya mengikat pasukan gergasi Asia itu 3-3.

Malah, ada menyifatkan gol yang dijaringkannya melepasi duo Korea Selatan, Kim Min-jae dan Jo Hyeon-woo itu patut dicalonkan untuk Anugerah Puskas.

Advertisements

Peminat bola sepak yang mahu mengundi boleh melakukannya dengan menekan pautan yang disediakan di bawah. Undian dijangka berakhir pada jam 10.00 malam, 25 Februari ini.

Klik Di Sini: Undian Gol Terbaik Piala Asia 2023

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram