Bekas ‘orang besi’ Selangor FC, Yazan Al-Arab akhirnya mengecapi trofi pertama dalam kariernya.
Bek tengah Jordan itu membantu kelabnya, FC Seoul muncul juara K-League 1 musim 2026. Meskipun seri 1-1 dengan Gangwon, itu sudah cukup buat kelab itu meraih kejuaraan liga.
Lebih menarik, ini juga kejuaraan pertama FC Seoul sejak 2016. Kejayaan ini turut memastikan anak buah Kim Gi-dong menamatkan dominasi dua kelab Hyundai, Ulsan HD dan Jeonbuk Hyundai Motors.
FC Seoul muncul juara dengan mengumpul 61 mata, jauh meninggalkan Ulsan yang mengumpul 51 mata. Kejayaan ini turut melayakkan kelab itu ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2027-2028.
Pencapaian ini juga cukup bermakna buat Yazan. Selepas beraksi di Malaysia, Iraq, Jordan dan Qatar, beliau akhirnya mengecapi kejuaraan pertama dalam kariernya.
Sejak menyertai FC Seoul pada Julai 2024, Yazan telah merekodkan 83 penampilan, dua gol dan dua bantuan gol.


