Bekas penyerang negara, Rudie Ramli aneh dengan tindakan yang cuba dilakukan oleh Mika Junco.
Penyerang Negeri Sembilan itu turun dalam kesebelasan utama pasukan namun gagal menghalang kemenangan 3-2 Terengganu.
Beliau bekerja keras untuk mendapatkan sentuhan dan akhirnya jaringan pertama berjaya dihasilkan menerusi tandukan kencang menewaskan Syed Nasrulhaq.
Pemain kelahiran Sepanyol itu bagaimanapun banyak mensia-siakan peluang di hadapan gawang sekaligus menyebabkan skuad Jang kehilangan 3 mata.
Rudie Ramli juga hampa melihat kualiti penyerang import yang ditampilkan oleh Mika Junco dan berharap beliau memperagakan aksi lebih baik.
“Saya tak tahu apa yang beliau (Mika Junco) cuba lakukan. Peluang itu sudah terbuka luas dan sepatutnya melepaskan satu rembatan volley sahaja.
“Sebagai seorang pemain import, saya mengharapkan beliau dapat beraksi lebih baik berbanding ini,” katanya ketika mengulas aksi di Sukan RTM.
Kekalahan anak didik Azzmi Aziz menyaksikan Negeri Sembilan kekal di tangga tercorot dengan 3 mata selepas 6 perlawanan.
Ujian berikutnya buat Negeri Sembilan adalah aksi menentang PDRM pada 11 Ogos 2024 di Paroi.