Apa Sudah Jadi Dengan Ulsan HD?
MakanBola
Ulsan HD FC
Sponsors

Penyokong jaguh Korea, Ulsan HD semakin risau dengan persembahan pasukan sejak kebelakangan ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon beraksi cemerlang pada awal kehadirannya namun bergelut untuk memperagakan aksi sebenar dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Ad

Juara bertahan K-League itu tewas dua perlawanan pembukaan menentang Kawasaki Frontale dengan jaringan 1-0 sebelum dibelasah oleh Yokohama FM, 4-0.

Ad

Aksi ketiga pasukan menyaksikan Ulsan HD sekali lagi tunduk kepada kelab Jepun, Vissel Kobe dengan keputusan 2-0 untuk berada pada kedudukan tercorot ACLE.

Pengendali berusia 53 tahun itu berazam untuk mengembalikan rentak terbaik pasukannya bagi aksi berikutnya menentang wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ad

“Saya minta maaf kepada penyokong atas keputusan ini. Saya malu,rasa tidak layak dan tiada apa mahu dikatakan. Saya akan menilai semula dan bangkit daripada kekecewaan ini.

Ad

“Saya berusaha untuk memberikan kebahagiaan kepada anda semua secepat mungkin. Saya berasa malu. Sekiranya pasukan ini tersingkir awal, saya tidak tahu mahu berkata apa,” jelasnya.

Ad

Skuad Harimau Selatan pula tewas pada aksi ketiga kumpulan menentang Gwangju dengan keputusan 3-1 di gelanggang lawan.

Ulsan HD merekodkan dua kekalahan dalam 5 perlawanan terakhir sekaligus menjejaskan moral pasukan menjelang aksi berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Kedudukan Ulsan HD di Asia juga telah dipintas oleh wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini menjadi pasukan ke-5 terbaik di Asia.

Aksi antara JDT dan juga Ulsan HD dijadualkan berlangsung pada 5 November jam 8 malam di Johor Bharu.