Advertisement
Alasan Kim Pan-gon Dimalukan Kelab Jepun Kali Ke-3
ACL
MakanBola
Ulsan HD

Pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon tampil mempertahankan dirinya selepas anak buahnya tunduk kali ke-3 berdepan kelab Jepun.

Wakil Korea Selatan itu kini menghuni tangga tercorot kumpulan selepas tewas tiga aksi pembukaan dan menerima kritikan daripada penyokong.

Skuad kendaliannya akur apabila dimalukan di laman sendiri berdepan Vissel Kobe dengan keputusan 2-0 untuk menghuni tangga tercorot kumpulan.

“Saya minta maaf kepada penyokong atas keputusan ini. Saya malu,rasa tidak layak dan tiada apa mahu dikatakan. Saya akan menilai semula dan bangkit daripada kekecewaan ini.

“Saya berusaha untuk memberikan kebahagiaan kepada anda semua secepat mungkin. Saya berasa malu. Sekiranya pasukan ini tersingkir awal, saya tidak tahu mahu berkata apa,” jelasnya kepada Sports Chosun.

Beliau menganggap terdapat banyak kekurangan yang ditampilkan oleh pasukan kendaliannya untuk bersaing secara kompetitif pada peringkat Asia.

“Saya melihat kita kekurangan segalanya untuk bersaing di Asia seperti rasa hormat penyokong, pemain lawan, rakan sepasukan dan diri sendiri. Saya juga banyak kurangnya.

“Ulsan HD adalah sebuah pasukan yang sudah pernah memenangi ACL. Kami adalah pasukan yang layak untuk mewakili Korea jadi kita perlu betulkan sikap dengan segera,” tambahnya.

Sebelum ini, Ulsan HD telah pun tewas kepada Kawasaki Frontale dan juga Yokohama F. Marinos dan tidak mengumpul sebarang mata setakat ini.

Aksi seterusnya akan menyaksikan pertembungan antara JDT dan Ulsan HD pada 5 November jam 8 malam.