Selepas 3 perlawanan Piala Mitsubishi Electric 2024, Kemboja & Malaysia yang sebelum ini memperoleh keputusan seri 2-2 kini berkongsi mata yang sama dalam kumpulan A.
Thailand yang berjaya menewaskan Singapura semalam dengan kemenangan dramatik 2-4 mengesahkan kemaraan ke separuh akhir manakala Malaysia wajib menewaskan Singapura untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.
Persoalan mula timbul pasukan manakah yang akan mara ke separuh akhir jika kedua-dua pasukan; Kemboja dan Malaysia berjaya menewaskan lawan masing-masing Jumaat ini.
Data pungutan mata dan perbezaan jaringan yang sama kedua-dua pasukan menyebabkan penganjur perlu menggunakan konsep kiraan mengikut turutan undang-undang kejohanan untuk menentukan pasukan yang akan mara ke separuh akhir.
Situasi 1: Malaysia tewaskan Singapura dan Kemboja seri atau tewas bertemu Thailand, Malaysia mara ke separuh akhir.
Situasi 2: Malaysia kalah bertemu Singapura, Kemboja kalah atau seri bertemu Thailand, maka kedua-dua pasukan gagal mara ke separuh akhir.
Situasi 3: Malaysia seri bertemu Singapura, tidak kira apa keputusan Kemboja, Malaysia gagal mara ke separuh akhir.
Situasi 4: Malaysia menang 2-0 bertemu Singapura, Kemboja menang 1-0 bertemu Thailand, maka Malaysia mara ke separuh akhir berdasarkan undang-undang perbezaan jaringan.
Situasi 5: Malaysia & Kemboja masing-masing menang 2-0 bertemu lawan masing-masing, kiraan jumlah sepakan dari kotak penalti lawan akan diambil kira di mana pasukan yang memiliki sepakan tertinggi akan mara ke separuh akhir. Kami tidak mempunyai data ini namun sepakan tepat dihasilkan Malaysia lebih tinggi berbanding Kemboja ketika kedua-dua pasukan ini bertemu, boleh jadi Malaysia akan mara.
Situasi 6: Jika kiraan tersebut jumlahnya sama, maka pihak penganjur akan menggunakan kiraan jumlah kad kuning dan merah paling sedikit untuk menentukan siapa yang akan mara ke separuh akhir.
Selepas 3 perlawanan, Malaysia mengumpul 5 kad kuning manakala Kemboja mengumpul 3 kad kuning. Dari segi pengutan kad kuning dan merah, Kemboja memiliki kelebihan.
Situasi 6: Jika kad kuning pun jumlahnya sama, maka satu undian akan dibuat untuk menentukan pasukan yang akan mara ke separuh akhir.
Malaysia bakal bertemu Singapura Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala Kemboja akan bertandang ke tempat lawan bertemu Thailand untuk aksi akhir kumpulan A Piala Mitsubishi Electric 2024.