Advertisement
Arab Saudi Nyaris Dimalukan Pasukan ke-158 Dunia
Asia
MakanBola
Saudi NT

Barisan bintang Arab Saudi nyaris dimalukan oleh pasukan ke-158 dunia.

Skuad kendalian Herve Renard turun dengan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Ali Albulayhi, Salem Al-Dawsari dan juga Abullah Radif beraksi.

Yaman bagaimanapun berada di depan seawal minit ke-8 apabila pertahanan tengah, Harwan Al-zubaidi menjaringkan gol pembukaan.

Keadaan menjadi cemas apabila peledak berbisa Yaman, Abdul Majeed menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-28 untuk menekan Arab Saudi.

The Green Falcons kembali merapatkan kedudukan apabila Mohamed Kanno menjaringkan gol pada minit ke-31.

Bersambung babak kedua, Arab Saudi kembali mendapat rentak terbaik dan melakukan beberapa serangan berbahaya.

Musab Al-Juwayr menyempurnakan penalti pada minit ke-57 sebelum jaringan pada masa kecederaan oleh pemain gantian, Abdullah Al-Hamdan memastikan 3 mata milik Arab Saudi.

Arab Saudi kini mengumpul 3 mata selepas dua perlawanan dan bakal menentang Iraq bagi aksi terakhir kumpulan pada 28 Disember.