Arab Saudi Terima Sentuhan Bekas Bintang Barcelona
Asia
Transfermarkt
Advertisements

Arab Saudi mendapat suntikan moral menjelang kelayakan Piala Dunia 2026 dengan membawa masuk legenda Barcelona, Yaya Toure.

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Toure telah meletak jawatan sebagai penolong pengurus Standard Liege selepas mendapat tawaran berkenaan.

Toure bakal menyertai bos lamanya di Manchester City, Roberto Mancini dengan mengisi jawatan sebagai penolong jurulatih.

Advertisements

Bekas pemain tengah Ivory Coast itu datang dengan pengalaman menakjubkan sebagai pemenang trofi di beberapa kelab termasuk City dan Barcelona.

Toure pernah menjulang EPL, Piala FA, La Liga dan UCL. Selain itu, adik kepada legenda Arsenal, Kolo Toure itu juga pernah bergelar Pemain Terbaik Afrika selama empat tahun berturut-turut.

Selepas bersara, bekas pemain Olympiakos itu pernah menjadi penolong jurulatih Olimpik Donestsk dan Akhmat Grozny.

Advertisements

Beliau kemudiannya membantu melatih barisan pemain akademi Tottenham Hotspur sebelum menerima tawaran Liege sebagai penolong jurulatih pada musim panas lalu.

Yang pasti, kelibat Toure dijangka menarik perhatian bukan saja pemain Saudi tetapi juga barisan pemain Harimau Malaya.

Ini kerana Malaysia bakal mengadakan aksi persahabatan dengan Arab Saudi sebagai aksi pemanas badan sebelum Piala Asia 2023 bermula.

Advertisements

Kelibat Toure bakal disaksikan buat kali pertama apabila Arab Saudi melayan kunjungan Pakistan untuk aksi pertama Kumpulan G pada 16 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram