Arab Saudi Tersungkur Lagi
Asia
Fifa.com
Advertisements

Pasukan kebangsaan Arab Saudi terus memperagakan aksi lesu apabila tewas lagi dalam satu aksi persahabatan berdepan Mali baru-baru ini.

Gergasi Asia di Piala Dunia 2022 itu kini berada di bawah tampuk kejurulatihan baharu selepas melantik bekas jurulatih Itali dan Manchester City, Roberto Mancini.

Hal ini susulan prestasi hambar sejak beberapa aksi persahabatan selepas tewas 4 dan seri satu dalam 5 aksi terakhir.

Advertisements

Prestasi yang diharapkan masih tidak berkunjung tiba apabila mereka kekal seri berdepan Nigeria pada 14 Oktober 2023 sungguhpun beraksi di laman sendiri.

Sungguhpun menurunkan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Salem Al-Dawsari, Ali Albulayhi da Salman Al-Faraj, Arab Saudi tetap gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan.

Advertisements

Mali menjaringkan tiga gol masing-masing menerusi Mossa Doumbia, Hamari Traore dan Lasaine Sinayoko yang membolehkan pasukan ke-49 dunia itu mencuri tambahan +3.97 mata FIFA.

Ini juga menjadi peluang terbaik buat Malaysia yang bakal menguji skuad Piala Dunia itu dalam satu aksi persahabatan pada bulan Januari kelak.

Advertisements

Malaysia merekodkan satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan dalam 4 aksi terakhir sebelum menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026, November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram