Harimau Malaya
FA Malaysia & Matthew Davies
Advertisements

Kapten pasukan kebangsaan Malaysia, Matthew Davies secara terbuka menzahirkan solidariti penuh buat Palestin sekaligus mengajak para pemain lain untuk melakukan tindakan yang sama.

Pemain berusia 28 tahun itu cemerlang membantu skuad negara menghadapi saingan Pestabola Merdeka 2023 apabila merangkul gelaran naib juara.

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) ini berada pada kemuncak prestasi untuk terus mendapat kepercayaan penuh ketua jurulatih, Kim Pan-gon selaku pertahanan utama negara.

Advertisements

Beliau kelihatan cakna dengan isu semasa yang membabitkan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk di bumi Gaza, Palestin susulan penindasan tidak bermoral sejak hampir dua minggu lalu.

Aura hebat di Stadium Nasional Bukit Jalil turut menjadi elemen utama untuk memupuk kesedaran kepada rakyat Malaysia apabila laungan keramat Ultras Malaya bergema sepanjang 90 minit sambil menyatakan solidariti buat rakan karib di Palestin.

Advertisements

Peristiwa ini juga menyebabkan pasukan kebangsaan Palestin tidak dapat menyertai kejohanan ini setelah menghadapi kekangan untuk bergerak ke sempadan.

Menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi beliau, pemain yang mesra disapa Matt Davies ini menyatakan sokongan penuh dengan memuat naik satu hantaran di Instagram beliau.

Advertisements

Gambar ketika beliau beraksi itu disertai dengan bendera Malaysia dan Palestin sebagai tanda perpaduan antara dua negara.

Tindakan beliau mendapat liputan meluas daripada para penyokong yang turut berbesar hati dengan tindakan hebatnya untuk menggunakan platformnya yang mempunyai hampir 210 ribu pengikut.

Advertisements
33AF1F0C 6152 405B A3CD 283274B0D588 Kapten Malaysia, Matthew Davies Zahir Solidariti Buat Palestin

Beliau dijangka akan terus membarisi skuad negara menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung pada bulan November tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram