Matthew Davies: Itu Cuma Perang Psikologi Jurulatih Tajikistan
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Bek kanan Malaysia, Matthew Davies menyifatkan dakwaan jurulatih Tajikistan, Petar Segrt bahawa pasukannya bukan pasukan pilihan sebagai taktik perang psikologi.

Malaysia kecundang 2-0 kepada Tajikistan menerusi dua gol serangan balas pantas yang disumbat Rustam Soirov (minit ke-44) dan Shahrom Samiev (minit ke-88).

Biarpun Segrt mendakwa kesebelasan utama Tajikistan sebagai yang termuda dengan purata usia 21.1 tahun, bek kanan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu tidak melayan dakwaan tersebut.

Advertisements

Ini kerana Davies melihat pemain-pemain yang diturunkan semalam hampir sama dengan kesebelasan utama yang menewaskan Malaysia dalam aksi final Thai King’s Cup tahun lepas.

“Bagi saya, tak macam tu. Sebab kalau nampak nama senarai Tajikistan hari ini, lebih kurang sama dengan yang main hari itu di Thailand.

Advertisements

“Bagi saya, ini jadi perang psikologi yang dia (Segrt) main. I (Saya) rasa dia tak boleh cakap macam ini, benda itu tak betul,” katanya kepada MakanBola selepas perlawanan semalam.

Taktik tersebut sedikit sebanyak membantu Singa Parsi meraih kelebihan dan sekaligus bergelar juara Pestabola Merdeka 2023.

Advertisements

Kini, kedua-dua pasukan bakal mengalihkan fokus untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 pula. Tajikistan bakal memulakan kempen kelayakan dengan menentang Jordan pada 16 November.

Manakala Davies pula berharap dapat mengetuai rakan-rakan sepasukan untuk bangkit bila menentang Kyrgyzstan pada hari yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram