Pestabola Merdeka: Tajikistan Muncul Juara Tewaskan Malaysia
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Tajikistan muncul selaku juara Pestabola Merdeka 2023 selepas membenam Malaysia dengan keputusan 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan terbaik menentang pasukan ke-110 dunia itu.

Terdapat dua pertukaran dengan Safawi Rasid dan Brendan Gan bermula dalam kesebelasan utama menggantikan Akhyar Rashid dan Nooa Laine.

Advertisements

Skuad kebangsaan memulakan gerakan awal dengan menekan jentera serangan lawan wisel dibunyikan oleh pengadil perlawanan.

Peluang terbaik hadir pada minit ke-21 menerusi sepaka percuma Safawi Rasid namun mudah ditangkap oleh penjaga gol Tajikistan, Daler Baritov.

Percubaan pemain tengah berpengalaman, Brendan Gan singgah tepat ke dakapan penjaga gol lawan selang beberapa minit.

Advertisements

Serangan akhir oleh Sairov Rustam itu menutup aksi gemilang babak pertama apabila beliau mudah menewaskan Syihan Hazmi dengan keputusan 1-0 memihak pasukan pelawat.

Bersambung babak kedua, Akhyar Rashid memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun percubannya terbias.

Kubu kuat anak didik Petar Sergt sukar ditembusi oleh tuan rumah dengan disiplin membantu pasukan beraksi lebih konsisten.

Advertisements

Beberapa pertukaran penting oleh pengendali Korea Selatan itu tidak mampu mengubah keputusan perlawanan hingga tamat wisel permainan.

Perlawanan tamat dengan keputusan 2-0 memihak Tajikistan selepas kesilapan Dominic Tan memberikan Samiev Sharom untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2023.

Aksi kebangsaan seterusnya adalah Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila Malaysia bakal membuka tirai berdepan Kyrgyzstan pada 16 November 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram