Skuad Malaysia Bawah 15 Tahun (B-15) dilihat lebih baik daripada dua pasukan gergasi Eropah, England dan Perancis.
Hal ini berdasarkan kedudukan akhir pasukan yang menyertai Piala Dunia B-15 yang dikongsikan SEAsia Goal baru-baru ini.
Skuad muda negara yang dibimbing P. Maniam berada di kedudukan ke-56 selepas tewas kepada Lubnan dalam aksi penentuan tempat ke-55.
Meskipun tewas, kedudukan Malaysia jauh lebih baik kerana berada dalam kelompok 60 pasukan terbaik kejohanan.
England hanya di belakang dengan menduduki tangga ke-57 selepas menewaskan Bolivia untuk penentuan tempat ke-57. Perancis pula di tangga ke-70.
Selain dua kuasa Eropah itu, skuad muda negara juga mengatasi pasukan gergasi Asia, Jepun. Jepun menamatkan kempen kejohanan di tangga ke-78.
Malaysia turut menamatkan kempen Piala Dunia B-15 sebagai pasukan terbaik ASEAN.


