Kempen Piala Dunia Bawah 15 Tahun (B-15) menyaksikan Malaysia muncul pasukan nombor satu dalam kalangan semua pasukan ASEAN.
Hal ini berdasarkan kedudukan akhir semua pasukan yang dikongsikan BolaKita selepas tamat kejohanan yang berlangsung di Baku, Azerbaijan itu.
Malaysia yang berada di Tier B menamatkan kempen di tangga ke-56. Ini selepas skuad muda negara tewas kepada Lubnan dalam aksi penentuan tempat ke-55.
Indonesia, Thailand dan Vietnam pula masing-masing menduduki tangga ke-72, 77 dan 88 dalam Tier C. Filipina dan Myanmar pula masing menduduki tangga ke-110 dan 125 untuk Tier D.
Tier E pula menyaksikan Singapura menduduki tangga ke-141 dengan Laos (tangga ke-153). Tier F menyaksikan Timor Leste, Kemboja dan Brunei masing-masing menduduki tangga ke-173, 185 dan 187.
Pencapaian ini bukan saja memperlihatkan potensi skuad muda negara bila bersaing di peringkat antarabangsa.
Malah, pencapaian skuad Malaysia B-15 seharusnya menjadi pembakar semangat buat semua pemegang taruh sukan bola sepak negara untuk meningkatkan lagi pembangunan akar umbi.


