Harimau Malaya

Piala Dunia B-15: Malaysia Kalah Penalti Di Tangan Qatar

malaysia u15 black Piala Dunia B-15: Malaysia Kalah Penalti Di Tangan Qatar
Malaysia NT / FA Malaysia
Advertisements

Malaysia terlepas peluang mara ke final Tier B Piala Dunia B-15 untuk penentuan tempat ke-53 apabila tewas kepada Qatar di peringkat separuh akhir.

Selepas tewas kepada China di peringkat suku akhir penentuan tempat ke-49 hingga 56, Malaysia berharap dapat bangkit bila bertemu dengan satu lagi wakil Asia, Qatar.

Skuad muda negara yang dibimbing P. Maniam dilihat kerap menghampakan Qatar dengan banyak menguasai bola.

Meskipun diberikan tekanan oleh pasukan Asia Barat itu, Malaysia terus mengekalkan kawalan bola dan beberapa kali mengancam kubu Qatar. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, kedua-dua pasukan terus berusaha untuk memecah kebuntuan. Walau bagaimanapun, keputusan 0-0 kekal sehingga tamat 40 minit masa permainan.

Ini memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti. Pada akhirnya, kem negara terpaksa akur dengan Qatar apabila tewas dengan keputusan 5-4.

Malaysia kini akan menentang sama ada Lubnan atau Latvia untuk final Tier B untuk penentuan tempat ke-55 dan 56.