Harimau Malaya

Berita Baik Wan Kuzain Buat Harimau Malaya

Kuzain Malaysia NT Berita Baik Wan Kuzain Buat Harimau Malaya
Malaysia NT
Advertisements

Perancang tengah Harimau Malaya, Wan Kuzain Wan Kamal memberikan khabar gembira jauh dari Amerika Syarikat.

Tonggak berusia 28 tahun itu beraksi cemerlang pada debutnya bersama pasukan kebangsaan ketika kempen Piala Hyundai ASEAN 2026.

Beliau menjadi nadi penting buat jentera tengah skuad kebangsaan di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, dan berjaya membantu pasukan untuk mara ke pentas separuh akhir kejohanan.

Cheng Hoe bagaimanapun memutuskan untuk tidak membawa Kuzain ke kempen Piala ASEAN FIFA 2026 di Jakarta, Indonesia pada September lalu dengan tonggak kreatif ini kekal bersama kelabnya.

Kuzain mencatatkan statistik memberangsangkan bersama kelabnya, Sporting JAX yang beraksi di USL Championship pada musim ini. Beliau mendapat kepercayaan penuh ketua jurulatih, Liam Fox untuk beraksi secara konsisten buat Sporting JAX.

Hasilnya, Kuzain beraksi sebanyak 25 perlawananan pada musim ini, dengan 16 perlawanan diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan (1350 minit) dan menjaringkan 4 gol dalam tempoh tersebut.

Antara statistik yang paling utama dikuasai oleh beliau adalah kualiti hantarannya. Kuzain merekodkan 412 hantaran tepat (88%), melakukan 220 hantaran dalam kawasan lawan dan 97 hantaran ke kawasan kotak penalti lawan.

Beliau akhirnya beraksi secara konsisten bagi musim 2025-2026 selepas berehat panjang pada tahun 2024 ekoran kecederaan pangkal peha.

Prestasi mengagumkan oleh jeneral tengah Harimau Malaya ini dijangka menjadi aset buat skuad kebangsaan menjelang dua aksi persahabatan Tier 1 pada November ini.